Memberantas Ramalan dan Khurafat
Posted: 9 Juni 2010 in Adat, Kepercayaan Dan Tradisi
Tag:Khurafat, Ramalan
masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan
(dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui
perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan
datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.
Justru itu Rasulullah s.a.w. kemudian memproklamirkan perang dengan
kedustaan yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara’.
Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:
“Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta.” (an-Naml: 65)
Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib.
Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:
“Kalau saya dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya saya dapat
memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu
musibah; tidak lain saya hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar
duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mahu beriman.”
(al-A’raf: 188)
Allah memberitakan tentang jinnya Nabi Sulaiman sebagai berikut:
“Sungguh andaikata mereka (jin) itu dapat mengetahui perkara ghaib,
niscaya mereka tidak kekal dalam siksaan yang hina.” (Saba': 14)
Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib
yang sebenarnya, berarti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan
dan mendustakan ramai manusia.
Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap
bahawa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara
ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata
kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:
“Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan
pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka.”
Memberantas Ramalan dan Khurafat
No comments:
Post a Comment