Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang artinya :
“ketahuilah bahwa didalam jasad manusia itu terdapat seketul daging
(segumpal darah), jika ia baik maka baiklah seluruh anggota tubuhnya
sedang jika buruk, maka buruklah seluruh anggota tubuhnya. sesungguhnya
segumpal darah itu adalah hati”. HR. Bukhari dan Muslim
Huraian
i) Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual.
Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling
utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang
dipengaruhi oleh hati.
ii) Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang
merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan
ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan
syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak,
pemarah, riya’ dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor
hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid
kepada Allah.
Menjaga Hati
No comments:
Post a Comment